Friday, July 28, 2006

Mummy.. Mummy ..

Suatu pagi seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada Mummynya...'Mummy, mummy..sex tu apa, Mummy? Terkulat-kulat si ibu. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ibu mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden. Maka si ibu pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan. Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ibu menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan suaminya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu kehairanan. 'Eh kenapa ...ni?" Si ibu bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis. "Jawapan mummy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Mummy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!' kata sianak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis..... NAME : ................................. SCHOOL : ................................. CLASS : ................................. SEX : ................................. Nota Kaki : You can learn many things from children. For instance, how much patience you have.

No comments: