Wednesday, July 26, 2006

Al-Fatihah

25 July 2006 @ 9.30am PELAKON HANI MOHSIN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH Waktu mungkin dalam 3.30 pm, aku sedang duduk di 'workstation' aku di pejabat sambil jari menekan-nekan butang keyboard.. Aku sendiri belum pasti apakah report yg aku karang ini akan menjadi satu report yang final.. mungkin tidak! Dikala ini lah seorang staff aku datang dan memberitahu Hani Mohsin meninggal dunia.. Aku walaupun tidak terkejut dengan berita itu kerana padaku mungkin ianya hanyalah satu khabar angin yang tidak pasti kesahihan ceritanya itu hanya bertanya dari siapa cerita itu didengarinya.. selepas di beritahu sumber berita itu diterima, aku tanpa tunggu lagi terus mengangkat ganggang telefon dah bertanya tentang kesahihan cerita itu dan benar sungguh HANI MOHSIN meninggal dunia di lapangan terbang kerana sakit jantung. Aku tiba2 jadi terkedu. Walaupun aku bukan lah peminat setia Hani Mohsin tapi aku akui beliau sememangnya mempunyai satu karisma dalam diri nya.. Segak, bergaya and Im not surprise if he is a good father seperti yg diucapkan oleh anak dan bekas isteri beliau, Datin Tiara Jacqelina. Sungguh, sayang sekali dunia seni tanahair sudah kehilangan seorang karyawan industri seni! Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham. Al-Fatihah Nota Kaki: Birth, life, and death -- each took place on the hidden side of a leaf.

No comments: